Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.
Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.
''Justeru, kita berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas daripada riba dan subur dengan hasil anugerah tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.
''Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan Pas selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat untuk terus berpegang teguh kepada agama.
Hahaha tergelak aku baca kenyataan Nik Aziz ni. Apa kejayaan Kelantan? 20 tahun memerintah kenapa orang Kelantan keluar merayau mencari kerja kat negeri lain? Kedah, Selangor, P.Pinang lagilah apa benda kemajuan? Orang melayu kena usir kat P.Pinang, itu dipanggil kemajuan? Isu air yang mencengkam rakyat Kedah dan Selangor, itu dipanggil kemajuan?
Tiada amalan rasuah? Bagaimana dengan nasib penduduk orang asli kat Gua Musang? Kes bazaar tok guru? Kes kek harijadi? Kes nak pergi haji ditaja orang tertentu? Tu belum campur lagi kes Adun Selingsing dan Perupok.
0 comments:
Post a Comment