Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 14, 2011

Nik Aziz Penipu Atau Kena Tipu?

Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan.


Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan.

“Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang? Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyat di Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami. Utusan Malaysia
Hebat sungguh cara orang PAS berpolitik. Rupa rupanya langsung tak jenguk rakyat. Hanya berbekalkan ceramah dan tiket syorga, rakyat Kelantan ditipu hidup hidup. Kalaulah yang dah mati boleh hidup semulapun, agaknya kena tipu lagi dengan puak PAS ni.

Puak ni dok hentam kononnya UMNO langsung tak prihatin pada rakyat tetapi sebenarnya mereka lebih dahsyat. Sejak PRU lepas, langsung tak tengok rakyat. Nik Aziz pun main duduk kat ofis goyang ekor serban je lah. Main dengar je report exco. Langsung tak turun tengok betul ke tak cerita dongeng exco dia tu.

Kesian sungguh rakyat kelantan dapat pemimpin macam ni. Perangai sejijik inipun masih ada hati nak perintah Malaysia. Kalaulah puak ni dapat perintah Malaysia, aku yakin Malaysia akan jadi macam Mesir dan Libya. Rakyat Malaysia akan bangkit dan gulingkan kerajaan PAS nanti.

0 comments:

share2