Hebat sungguh puak ni kalau bercakap pasal islam. Seolah olah merekalah terlebih islam daripada orang islam lain. Seolah olah mereka akan masuk terus ke syorga tanpa perlu diadili di padang Masyar.
Tapi sayang seribu kali sayang. Perbuatan mereka jauh menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. Walaupun berjubah meleret ke tanah, berserban sebesar bakul atau berketayap seputih kain kafan, tetapi perangai dan moral jauh tak ubah seperti orang tak beragama islam.
Sepatutnya Nik Aziz harus mencermin dahulu diri serta pengikutnya sebelum menuduh orang lain tak islam. Sebelum menuduh orang lain kafir. Adakah perbuatan pengikutnya ini adalah perbuatan orang islam?
Aku malas nak cakap banyak. Puak PAS juga sama seperti orang lain. Tak maksum dan suci daripada segala dosa. Oleh tu selepas ni Nik Aziz tidak wajar menuduh orang lain kafir atau fasik kerana pengikutnya sendiri juga bukanlah mengamalkan islam yang sebenar benar islam.
Untuk tahu cerita sebenar dan siapa yang terlibat, korang boleh
klik sini dan juga
disini. Sedih dan jijik bila fikirkan adakah ini orang yang kononnya dikata pejuang islam..
0 comments:
Post a Comment