Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 10, 2011

GELORA PRK KERDAU DAN MERLIMAU, GELORA HATI BLOGGER






Dunia blogosphere terasa kehangatan gelombangnya. Pertembungan dalam PRK di DUN Kerdau dan Merlimau menyaksikan Pakatan pembangkang terhumban jauh dari sanubari rakyat. Mereka dikalahkan. Pas dilanyak dengan kekalahan bersiri dari Galas lagi. Demikian kuatnya semangat dan peranan yang dimainkan oleh blogger pro UMNO BN yang mendominasikan media sosial akhir-akhir ini.

Kemenangan berganda kepada UMNO BN di dua PRK serentak DUN Kerdau dan Merlimau patut diraikan bersama kerana iaadalah kemenang bersama, kemenangan rakyat. Kemenangan UMNO BN dan kemenangan blogger juga yang bertungkuslumus berjuang melalui penyebaran meklumat lewat media sosial.

Namun kejayaan yang harus diraikan itu tidak kita raikan secara sepatutnya. Bloggers bagaikan kehausan darah dalam perjuangan bersenjata masih terus menikam kiri dan kanannya. Blogger sudah mabuk darah. Akhirnya kita dikejutkan dengan berita-berita hangat mengenai para blogger:
1. Perselisihan blogger (Flyingkick) dengan Tun Faisal UMB
2. Perselihihan blogger (Gomo) dengan Dato' Saifuddin Abdullah

Sesuatu harus dilakukan secepatnya sebelum lebih parah lagi dan sebelum ia menjangkiti kelain-lain pula. Seseorang patut berani tampil kehadapan untuk menyelesaikan kemelut ini. Dato' Ahmad Maslan khabarnya dihormati para blogger mungkin boleh mengambil iniseatif itu. Wallahualam!


Baca dipautan dibawah ini:
dan banyak lagi...semuanya pasasssss

0 comments:

share2