Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 25, 2011

PAS Hanya Mampu Menyusahkan Rakyat Di Dunia Dan Di Akhirat

Yayasan Pahang (YP) meningkatkan kadar biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mulai tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dengan kenaikan itu, kadar biasiswa bagi murid cemerlang dinaikkan kepada RM300 seorang berbanding RM200 sebelum ini.
''Bagi pelajar sekolah menengah, mereka yang cemerlang akan menerima biasiswa sebanyak RM600 seorang berbanding RM500 sebelum ini," katanya. 
DS Adnan yang juga Pengerusi YP menegaskan, kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada pelajar cemerlang dan miskin di negeri ini supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan mendapat pendidikan yang baik.
Katanya, bantuan pendidikan yang disalurkan melalui YP berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang apabila jumlah mereka memasuki universiti tempatan dan luar negara semakin bertambah. Utusan Malaysia
Apa yang PAS boleh buat untuk membantu rakyat didalam pelajaran? Oh lupa PAS boleh hanya boleh mengajar pelajar menipu supaya menang pilihanraya kampus (klik sini). Itu je lah yang mampu dibuat oleh PAS. Mentarbiah golongan muda supaya membuat perangai buruk. Buat benda berfaedah langsung tak ada.

Nak membantu anak pengikut sendiripun tak mampu. Masih mengharapkan Kerajaan untuk menolong. Itupun masih lagi tak sedar diri. Masih mencaci maki Kerajaan cakap Kerajaan ni zalim. Padahal pemimpin dan parti sendiri yang zalim tak sedar.

0 comments:

share2