Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 21, 2011

Nik Aziz Lebih Sayangkan Orang Kafir Dari Umat Muhammad s.a.w

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang memintanya merujuk Surah Abasa berhubung kerjasama antara Islam dengan bukan Islam.


Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyifatkan Zulkifli sebagai seorang pengkhianat dan tidak layak memintanya berbuat demikian.

"Kalau saranan itu daripada orang lain, saya mungkin boleh terima tetapi bukan Zulkifli yang hanya pandai membuat kacau-bilau termasuklah kepada kawasannya. Dia juga khianat kepada saya.

"Oleh itu, dia bukanlah Yang Berhormat kerana mengikut pepatah Mesir, orang seperti Zulkifli itu mempunyai ulat dalam otaknya," katanya pada sidang akhbar di Rumah Sri Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah tersebut terlebih dahulu yang meminta supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain dalam kerjasama.

Nik Abdul Aziz berkata, saranan Zulkifli itu boleh menjejaskan sokongan bukan Islam terhadap perjuangan Pas selama ini.

"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhirnya Nik Aziz menunjukkan wajah sebenar. Rupanya selama ini dia hanya mementingkan sokongan orang kafir daripada umat islam. Sebab itulah dia langsung tak hiraukan perpecahan yang akan dihadapi oleh umat islam. Negara islam dan hudud yang dilaungkan selama ini hanyalah sebagai topeng untuk menipu umat islam.

Nampak gayanya pengikutnya ditipu hidup hidup. Islam apa benda kalau dah lebih menjaga hubungan dengan orang kafir berbanding dengan umat islam sendiri.

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 21, 2011 at 12:23 PM

    Ulamak yang ada ular berlingkaran di dalam serbannya dan syaitan sama-sama berselimut di dalam jubahnya.

share2