Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 21, 2011

DUN KERDAU: PENGUNDI BUKAN MELAYU TOLAK PAS!!!



Belum pun sesi berkempen bermula, sudah ada cerita dikalangan pengundi yang menolak PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Terutama sekali dikalangan pengundi bukan Melayu yang ada disekitar kawasan. Mereka bukan sahaja tidak percaya kepada perjuangan PAS, malah pendirian parti itu juga turut diragui.



Nak pulak lepas PAS anjurkan konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa baru - baru ni. Timbul keraguan dalam hati mereka yang PAS hanya nak perjuangkan Melayu.

Dengan adanya konvensyen tersebut, PAS secara tidak lansung telah mengenepikan kaum - kaum lain yang ada di Malaysia ini.

Termasuk la Cina, India, Masyarakat Orang Asli, Singh dan sebagainya kerana jelas kaum itu tidak menjadi keutamaan bagi PAS.

Dan mereka juga jelas nampak sikap retorik yang diambil oleh pemimpin PAS yang kononnya mahu melakukan perubahan jika mereka mendapat kuasa.

Bagi mereka, PAS hanya wayang sahaja kata mereka rapat dengan kaum bukan Islam. Malah wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS itu hanya bersifat superficial.

Jika benar PAS adil kepada semua bangsa tanpa mengira kaum, kenapa tidak mereka jadikan kaum - kaum lain yang menganggotai DHPP itu menjadi calon mereka?


Dan mereka juga mempersoalkan tindakan PAS yang mengadakan Konvensyen Pengupayaan Bangsa Melayu sahaja. Adakah selepas ini PAS akan buat pulak konvensyen untuk kaum lain?




Itulah yang berlaku di Pilihanraya Kecil DUN Tenang tempoh hari. Hakikatnya, pengundi bukan Melayu yang menolak calon PAS kerana mereka meragui PAS sebenarnya.

Jelas, rakyat sudah mampu menilai perjuangan PAS hanya kosmetik semata - mata. Bak kata Tun Mahathir, PAS hanya sebuah parti oppurtunis, bukan seperti apa yang mereka katakan.

Konon mereka mengaku kata pejuang Islam dan pejuang rakyat. Tapi hakikatnya, rakyat lah yang mereka pinggirkan. Yang jadi keutamaan bagi PAS hanya kuasa semata - mata.

Ingat rakyat ni bodoh sangat ke, tak nampak apa yang nak mereka perjuangkan? Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2