Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekuatan berpaksikan perpaduan menjadi rencah utama kepada usaha membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini.
Justeru itu, Perdana Menteri mahu umat Islam menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon terbaik antara umat manusia kerana sirah perjuangannya telah membuktikan bahawa Baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat berbilang kaum dan agama di Madinah.
Dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah, beliau berkata, iktibar daripada perjuangan serta sirah Rasulullah SAW itu juga telah dilaksanakan di negara ini melalui penghayatan ‘1Malaysia, 1Ummah’.
“Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam,’’ kata Perdana Menteri dalam perutusan menerusi blog beliau, www.1malaysia.com.my hari ini.
Memang betul lah tu perpaduan adalah kekuatan umat islam. Bukan sahaja umat islam malah ianya juga adalah kekuatan negara sekiranya rakyat terus mengamalkan perpaduan.
Tetapi malangnya diakhir zaman ini sudah ada pihak yang mahu menghancurkan umat islam dan negara. Mereka yng tamakkan harta dan kuasa sanggup membuat apa sahaja asalkan cita cita mereka tercapai. Setelah Rasullullah s.a.w menyeru umat islam bersatu, muncul pula seorang tok guru yang menyeru perpecahan ummah.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan selama 53 tahun dan rakyat berbilang bangsa hidup aman damai, muncul pula ejen yahudi zionis mahu memecahbelahkan rakyat supaya negara dijajah semula oleh kuasa barat. Siapa tok guru dan ejen itu, semua orang kenal.
Hanya dengan perpaduan kita dapat mengekalkan keamanan yang ada sekarang. Hanya dengan perpaduan, bukan sahaja umat islam di Malaysia,bahkan umat islam diseluruh dunia akan dapat bangkit dari pengaruh kuasa barat. Malah insyaallah Masjid Al Ansa pun kita mampu mengambilnya semula sekiranya kita semua umat islam bersatu.
0 comments:
Post a Comment