Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 15, 2011

PKR PENGAMAL POLITIK OPPOTUNIS!!!

..."Kalau PKR Main Belakang, Gua Surrender"...

Asal sebut je nama PKR, mesti orang ingat main belakang. Sinonim sangat dah nama tu dengan puak - puak Parti Keldaikan Rakyat ni ye.

Mana taknya. Kalau dah pengasas parti tu memang suka main belakang apa nak buat. Jadi anak buah semua ikut teladan si Ketua Penipu tu la, apa lagi.

Tadi, si Azmin Ali mula mempertikaikan PAS. Konon kata dia, PAS dah mula intai kerusi yang turut dikuasai oleh PKR.Dan sekarang ni diorang tengah menghadapi masalah katanya dengan PAS.

Spekulasi terkini juga mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau.

Katanya, Penamaan Calon untuk PRK DUN Kerdau akan bermula pada 27 Februari akan datang. Itu pun menurut sumber luar la yang Semut dengar. SPR juga yang akan tentukan nanti.

Kalau betul la diorang nak jugak buat PRK serentak, nampak gayanya peluang cerah untuk PKR ambil alih kawasan tersebut dari PAS. Maka peluang untuk si Fauzi Pendek tu makin terbuka luas.

Mana tidak. Kalau dia buat dalam masa yang sama, PAS tak de ketua yang akan mengetuai PRK di Kerdau sebab Pesuruhjaya PAS Pahang jadi Pengarah PRK Merlimau.

Maka kesempatan buat si Fauzi Pendek tu boleh diambil pada ketika Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyibukkan diri di Negeri orang dan membiarkan diri sendiri terabai.

Lagi pun, itu memang tabiat biasa puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang memang suka ketepikan orang tempatan jadi Pengarah Pilihanraya.

Bagi diorang, orang tempatan ni tak layak nak mengetuai Pilihanraya Kecil ni. Tak de standard la konon. Jadi ambik la orang luar jadi Pengarah.

Tapi apa - apa hal pun kita tengok la nanti. Nak ke tidak PAS bagi PKR bertanding di Kerdau sebab Kerdau merupakan kubu kuat mereka katanya. 

Jadi secara tak lansung, boleh kita tengok sejauh mana 'keikhlasan' mereka dalam 'persahabatan nanti. Jangan cakap dimulut, tapi tak berani buat dah la.

0 comments:

share2