MB Selangor telah menolak perlantikan Kushrin Munawi sebagai SUK Negeri Selangor. Sebagai seorang MB dan orang politik, sepatutnya MB Selangor boleh bekerjasama dengan mana-mana pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan bukan orang politik, tetapi hanya penjawat awam.
Menolak seorang pegawai kerajaan yang dilantik oleh KSN menunjukkan PKR tidak matang. Belum Kushrin memegang jawatan, MB Selangor sudah bagaikan menuduh SUK tidak akan boleh bekerjasama dengannya. Seperti kata bekas MB Selangor, Dato' Seri Khir Toyo, beri peluang kepada pegawai berkenaan untuk berkhidmat.
Malah SUK sebelum ini merupakan lantikkan dari kerajaan BN juga. Boleh pula MB Selangor bekerjasama dengannya. Lebih tidak matang lagi, apabila MB ini menjual nama Sultan, kononnya Sultan juga tidak bersetuju dengan lantikan berkenaan.
Memalukan, Sultan mengeluarkan titah rasmi bahawa istana tidak mempunyai masalah dengan perlantikan pegawai berkenaan. Malah istana menolak untuk diseret dalam politik antara pusat dengan negeri. Seorang MB seperti Khalid Ibrahim ini memalukan kerajaan PKR.
Beliau tidak faham kuasa perlantikan terletak kepada siapa, dan persetujuan MB hanya budi bicara. Beliau patut meletakan jawatan.
0 comments:
Post a Comment