Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 25, 2011

SUHAIMI SAID BERCERAMAH DIHADAPAN PATUNG?

Gambar Hiasan: Suhaimi Said


Bermula jam 8 malam bertempat di bilik gerakan PKR, jalan Segamat, Labis, satu siri ceramah politik diadakan dengan dihadiri beberapa penceramah dari pakatan rakyat. Antaranya adalah; Sdr. Hassan Karim, Dr. Tan Kee Wong, Dr. Hatta Ramli, Dato' Chua Jui Meng, YB Tuan Zamri Tuan Zakar (Zakaria) dan YB Tian Chua.

Seperti biasa dan sepertimana yang dapat kita ramalkan, ceramah seperti ini berlangsung dalam suasana yang lembab dengan kehadirian hanya kira-kira 20 orang penyokong parti-parti pembangkang itu sahaja.

Ceramah itu pun tidak memfokus kepada isu-isu khusus yang melingkari pengundi DUN Tenang dan penduduk Labis amnya. Kebanyakan yang dibangkitkan adalah isu-isu peringkat nasional. Pakatan rakyat memberikan alasan kepada impian mereka untuk menduduki Putrajaya. Impian yang tidak lebih dari angan-angan kosong belaka.

Ceramah yang membosankan itu cuba dihangatkan oleh penceramah yang diimpot khas dari Kelantan, seorang YB ADUN Pas yang seperti biasa dengan caci-maki mereka (semua tahu bahawa caci maki adalah makanan puak-puak khawarij ini) namun orang-orang Labis ini lebih bijak dari orang di negeri Kelantan sendiri dan tidak mudah dihasut dengan fitnah.

Sepanjang ceramah malam itu kita dapat rasakan bahawa penceramah-penceramah hanya berkata-kata dihadapan patung yang tidak mampu memberikan apa-apa kesan sedikitpun. Kesihan kepada seorang tokoh PKR dari Pahang itu, yang biasanya berceramah dihadapan orang asli tetapi kini terpaksa hadapi patung-patung yang tidak mengerti apa pun.

1 comments:

  • tokgajah says:
    January 29, 2011 at 12:49 AM

    salam perjuangan

share2