Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 1, 2011

Pergi Parlimen Pun Ada Etika Pemakaian!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Pandangan yang dilontarkan oleh wakil pertubuhan wanita yang mengecam pihak berkenaan mengenai isu Teo Ni Ching hari ini tidak masuk akal lansung.

Mereka mengatakan bahawa tindakan tersebut dilihat sebagai diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita terutamanya.

Malah Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WOA) mempersoalkan kenapa Ahli Parlimen Serdang itu sering menjadi sasaran komen sebegitu.

Dulu, kata beliau, Teo juga menjadi sasaran kerana memakai baju kebaya ketat ketika memasuki ruang solat. Kali ini isu pakai baju ketat ketika membuat senamrobik pula.

Alahai. Apa pulak kena mengenanya diskriminasi gender dalam isu ni? Soalnya pemahaman beliau sebagai pemimpin terhadap masyarakat sekeliling.

Soal dia pakai baju kebaya ketat dulu bukan soal utama. Soal utama pada ketika itu ialah beliau dibenarkan masuk ke RUANG SOLAT UTAMA. Itu yang dipertikaikan.

Tindakan beliau pakai baju ketat pergi bersenamrobik itu pula jelas membuktikan beliau tidak peka dengan keadaan. Jauh sekali nak menghormati agama Islam. Mana etika beliau sebagai seorang pemimpin dan perkara itu yang dipersoalkan.

Nak menghadiri sidang Parlimen pun ada etika berpakaian. Boleh pulak dia ikut. Ini nak bergaul dengan orang Islam, tapi tak reti nak pakai baju yang sesuai, apsal?

PK.

0 comments:

share2