Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 1, 2011

Ahli PAS Sanggup Mati Demi Kafir Harbi???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Nampak gayanya, PAS sudah banyak berubah. Kalau dulu perjuangan mereka demi Islam. Tetapi kerana tamak mahu berkuasa, perjuangan tersebut juga sudah lenyap.

Laporan dalam blog semalam banyak menyiarkan video seorang pemimpin PAS yang gah dan secara terang - terangan berikrar untuk mempertahankan Pengerusi DAP, si Karpal Singh.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyatakan ikrar yang berbunyi, "Langkah Mayat Saya Dulu jika ada pihak mahu mengusik Karpal Singh!!!"

Beliau berkata demikian kerana sifat setia kawan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh dalam Pakatan Pembangkang.

Jadi buat apa si Mujahid Yusuf Rawa beria - ia sangat nak tulis buku untuk mengubah dasar dan perjuangan PAS?

Kenyataan Cikgu Rahim itu sahaja sudah cukup mengambarkan bahawa PAS sudah berubah sepenuhnya. Mereka kini tidak lagi sanggup bermati - matian mempertahankan Agama, tetapi berikrar untuk mempertahankan Karpal Singh.

Jelas perkara ini juga sekali lagi membuktikan kegagalan PAS mentarbiahkan DAP tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. DAP pula yang berjaya menundukkan PAS.

Apa kata Pesuruhjaya PAS Pahang? Adakah beliau juga sanggup mati demi mempertahankan Karpal Singh?

PK.

0 comments:

share2