Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 1, 2011

'PAHANGKU' MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT

Peka dan prihatin kepada masalah rakyat,
DSD Adnan Yaakob masih disenangi rakyat


Dalam berblog, jika jumlah harian pembaca dan bilangan follower dijadikan pengukur kejayaan sesebuah blog maka bolehlah blog Pahang-Ku berbangga dengan pencapaiannya selama ini. Sebagai sebuah blog yang baharu dibina, apa yang dicapai selama ini dikira menakjubkan berbanding dengan beberapa blog pembangkang lainnya.

Memang benar, blog Pahang Daily, PahangNews dan Pahang Kini (yang didakwa pro UMNO) telah tenggelam dan membenarkan blog-blog Pahang selama ini didominasikan oleh blog pembangkang seperti Pahang Daily Online, PahangKini dan Selamatkan Pahang, namun perkembangan mutakhir menampakkan blog Pahang-Ku yang mesra kerajaan sudah menarik minat pembaca khususnya rakyat Pahang.

Kita sedia maklum, bahawa golongan muda adalah kalangan yang lebih banyak melayari internet dan berada di media sosial. Jika sokongan terhadap media sosial khususnya blog ini diambil kira maka bolehlah kita mengandaikan bahawa golongan muda sudah kembali kepada UMNO dan ini memberikan harapan yang cerah kepada UMNO / BN untuk memenangi hati rakyat seterusnya memenangi PRU akan datang.

Ketika posting ini ditulis (1/1/2011 jam 10.30PM), Blog PahangKini sudah 'koma' selama 2 minggu manakala blog Selamatkan Pahang....(kedua-duanya cenderong kepada Pas) dengan posting terakhir pada 30hb. Disember, 2010 . Blog Selamatkan Pahang mungkin masih nyawa-nyawa ikan namun bilang pengunjung hariannya hanya mencatat 19 sahaja manakala followernya hanya 28 orang. Jelaslah ianya tidak diminati pembaca.

Bahkan mereka nyata sudah ketiadaan isu untuk ditulis selain dari memfitnah, dan kerana itulah juga mereka sudah dipinggirkan oleh rakyat yang sudah celik dan mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Yang masih berupaya berdiri hanyalah PDO, itupun kebelakangan ini bilangan pembacanya makin berkurangan. Tidak menghairankan kerana mereka juga sudah tidak lagi tetap pendirian dan bolehlah dipanggil blog sesumpah yang menukar warnanya dari biru muda kepada hijau muda.

Kita percaya perkembangan terkini akan memberikan kelebihan kepada blog Pahang-Ku untuk menguasai pembaca khususnya generasi muda yang juga merupakan pengundi-pengundi baru dalam PRU akan datang. Adios blog-blog pembangkang! Nampaknya Melayu (khususnya golongan muda) sudah kembali bersatu dan memberikan sokongan kepada UMNO, parti yang dengan ikhlas membela rakyat dulu, kini dan selamanya!

4 comments:

  • oRang kAmpong says:
    January 2, 2011 at 12:31 AM

    betoi tu bro, org pas mne nak nengok blog lg masa ni bab dierorg sebok senangrobik.ada rodong kwn ckp klu gee senamrobik nampak gunung.he he he

  • Anonymous says:
    January 2, 2011 at 1:28 AM

    senamrobik nmpk gunung dan lurah?

  • Admin says:
    January 2, 2011 at 11:48 AM

    suka baca cerita lawak deme nih jeee..sekadar hiburan

  • Anonymous says:
    January 3, 2011 at 8:05 PM

    hehe, awk pun kuat juga melawak ye?

share2