Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 23, 2011

PENEROKA FELDA TENANG TETAP SOKONG BN

 Sebahagian dari peneroka yang hadir di majlis tersebut

Sewaktu penyokong pembangkang berusaha menjatuhkan kerajaan, 
para pemimpin parti UMNO berusaha 
menaikan martabat dan taraf ekonomi mereka semua.

 DS Ismail Sabri Yaakob sewaktu berucap di Felda Tenang


Melayani pengaduan awam di Pekan Labis sebelum ke Felda Tenang

Pukul 3 petang tadi, bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang, Segamat Johor, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berucap di majlis Pelancaran Transformasi Kedai Runcit Tukar Koperasi Kepada Coop Mart dihadapan para peneroka Felda berkenaan.


Dalam ucapannya, DS Ismail Sabri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM30 ribu ringgit kepada koperasi felda berkanaan. Sempena majlis pelancaran itu juga setiap hadirin diberikan kopon khas untuk mendapatkan bungkusan beras, minyak, gula dan tepong secara percuma di kedai runcit koperasi.


Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor, Suruhanjaya Koperasi Negeri Johor serta berbagai agensi dibawah KPDNKK.


Rakyat khususnya peserta menyambut baik usaha yang dijalankan oleh kementerian terbabit dalam membantu peneroka Felda dan berjanji akan terus menyokong kerajaan BN serta memberikan sokongan padu dalam PRK ini nanti.

0 comments:

share2