Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 5, 2011

Karpal Singh Perlu Disiasat

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh perlu menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan tuduhan meliwat bekas pembantunya kerana beliau berpotensi menjadi saksi pendakwaan ekoran kenyataannya pada 1997 mengenai salah laku seks Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Langkah itu perlu kerana Karpal sendiri yang mendedahkan dia mempunyai bukti Anwar terlibat dengan perilaku seks songsang pada 1997. Bagaimana seseorang yang dahulunya mempunyai bukti salah Anwar Ibrahim tetapi kini orang itu pula membelanya didalam kesalahan yang sama?

Didalam hal ini, jelas Karpal Singh adalah seorang peguam yang tidak beretika. Sanggup bersekongkol dengan penjenayah kerana kepentingan peribadi. Mungkin selepas ini lesen peguam Karpal perlu dibatakan diatas kesalahan ini.

0 comments:

share2