Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 11, 2011

DS NAJIB BUKTIKAN LAKSANA TRANSFORMASI

Perdekatan bersemuka dengan Ahli Parlimen untuk pastikan masalah rakyat selesai

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat pendekatan Datuk Seri Najib Razak menemui setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) secara bersemuka, kelmarin, menunjukkan keseriusan Perdana Menteri melaksanakan transformasi politik dalam pentadbirannya. 

Malah, kaedah yang digunakan itu juga dilihat lebih berstruktur dan mempunyai hala tuju dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan mengikut aturan dan tempoh masa yang dirancang.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, berkata pertemuan secara bertentang mata dengan Ahli Parlimen BN adalah langkah berstruktur dalam mencapai matlamat `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
“Pertemuan itu bagi memastikan setiap kawasan yang diwakili BN melaksanakan setiap manifesto dan janji yang dibuat pada pilihan raya terdahulu.  (Klik ke BH online)

Kita melihat DS Najib bersungguh-sungguh melakukan usaha menjayakan transformasi seperti yang dijanjikannya. Selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen mungkin ada usaha bertemu dengan ADUN pula selepas ini. Kita percaya selepas ini, getaran ini akan terus bergerak ke akar umbi bagi melakukan perubahan total kepada kerajaan khususnya UMNO sebagai tunggak kepada kepimpinan.

Kita berharap ketua-ketua UMNO dicawangan-cawangan juga sudah bersiap sedia untuk menerima dan melaksanakan plan tranformasi ini bagi mengubah iklim politik tanahair menjelang PRU 13 nanti.

Seperti kita sedia maklum, kebelakangan ini kita melihat parti-parti pembangkang kelihatan sudah 'bercelaru' dan hilang punca akibat tekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan yang berupaya melaksanakan segala dasar dan janjinya selama ini sedangkan pakatan rakyat hanya berupaya memberi janji namun gagal menunaikannya.

Ramai berpendapat bahawa rakyat telah sedar serta insaf dan ini akan dibuktikan sekali lagi dengan memberikan sokongan padu kepada BN dalam PRK di Tenang nanti. 

0 comments:

share2