Pn Ong bersama MB dan pemimpin-pemimpin parti
Ong dipermis perniagaannya bangga dengan foto pemimpin di belakangnya
Ong bersama calon DUN Tenang dan isteri. Kata Ong: 'Saya mesti sokong BN, maa'!
Sambil kami berkeliaran mengumpul berita, kami juga turut temui para pengundi yang akan mengundi dalam PRK tidak lama lagi. Kesempatan yang kami ada digunakan untuk membuat soalselidik secara rambang mengenai peluang yang ada abagi calon yang bertanding. Rata-rata para pengundi menyatakan sokongan kepada calon BN Azahar Ibrahim dan keyakinan mereka terhadap calon BN berkenaan.
Seorang peniaga, Ong Bee Leng menyatakan sokongan dan keyakinannya terhadap calon BN berkenaan sambil menyifatkan bahawa apa pun janji yang Pas berikan ianya hanyalah janji pilihanraya yang tidak mungkin dapat ditunaikan.
Yang menarik tentang Puan Ong ini adalah sokongan beliau terhadap kerajaan adalah konsisten sejak lama dulu. Walaupun beliau tidaklah ahli parti yang aktif namun beliau sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan tanpa berbelah bahagi.
Ketika menemui beliau dilokasi perniagaannya, kami melihat banyak terdapat gambar-gambar beliau dengan para pemimpin kerajaan khususnya negeri. Selain itu kami sungguh tertarik dengan beliau secara peribadi kerana beliau merupakan seorang yang sangat ramah.
Sesungguhnya semangat 'Satu Malaysia' jelas dan nyata diterima bahkan dipraktikan olehnya sebagai sebahagian dari masyarakat Malaysia sejak lama dulu lagi.
0 comments:
Post a Comment