Seperti yang dinyatakan sebelum ini, puak pembangkang jelas hanya mampu melihat dengan sebelah mata sahaja.
Anugerah Allah S.W.T dengan memberikan kedua - dua belah mata, jelas diabaikan atau sengaja mereka butakan sebelah. Demikian yang dapat digambarkan apabila berbicara mengenai mereka.
Khabar angin terbaru dan propaganda dakyah pembohongan mereka ialah mengenai kedudukan MB Pahang yang sedia ada.
Kononnya mereka dakwa kedudukan Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob sedang bergoncang dan tidak kukuh.
Malah katanya Pahang bakal menerima Menteri Besar baru selepas Pilihanraya akan datang. Mereka juga turut menamakan MB baru itu dari Rompin katanya.
Mereka turut memburuk - burukkan Menteri Besar pahang itu dengan menyatakan beberapa kelemahan dan kegagalan beliau mentadbir Negeri ini selama 12 Tahun.
Nampak sangat mereka takut dengan kepimpinan Dato Sri DiRaja Haji Adnan baik sebagai Menteri Besar mahupun sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Mereka jelas buta dari melihat pembangunan yang dijalankan di Negeri ini secara keseluruhan. Bukan sekadar pembangunan ekonomi, malah turut melibatkan pembangunan Insaniah.
Tidakkah mereka sedar bahawa Negeri Pahang merupakan negeri paling banyak mempunyai pelajar - pelajar Tahfiz?
Tidakkah mereka sedar bahawa Yayasan Pahang sudah banyak melabur dan membantu anak - anak negeri ke sekolah seterusnya melangkah ke Menara Gading?
Tidakkah mereka tahu bahawa Negeri Pahang sanggup menanggung 2/3 dari jumlah sebenar bil air rakyatnya?
Tidakkah mereka tahu bahawa Negeri Pahang tidak menaikkan tarif airnya sejak 12 tahun yang lalu? Malah Negeri Pahang juga berbesar hati membantu rakyat Negeri Selangor dengan membekalkan bekalan Air mentah? Kerja siapa semua ini?
Jangan hanya nampak nyamuk diseberang laut. Gajah didepan mata diabaikan. Takut nanti malu sendiri.
Tidak, mereka tidak tahu apa-apa selain dari membangkang dan membangkang.
membangkang terus hingga akhirhayat.