Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 13, 2020

SOLAT JUMAAT DI PAHANG SEPERTI BIASA




KUANTAN, 13 MAC 2020: Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman
Osman mengesahkan solat Jumaat di semua masjid di negeri Pahang tiada pembatalan dan berlangsung seperti biasa.


Beliau memaklumkan agar semua masjid membaca doa qunut nazilah semasa solat Jumaat dan
solat subuh setiap hari sebagaimana saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja
Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan baginda, semalam.


Walau bagaimanapun, mereka yang sakit yakni keuzuran dibolehkan untuk tidak menunaikan
solat Jumaat kerana bimbang menjangkiti jemaah lain.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan
Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika dihubungi berkata, para jemaah
yang akan hadir pada solat Jumaat hari ini dibolehkan memakai topeng muka sebagai langkah
pencegahan selagi tidak menghalangi anggota sujud.


Selain itu katanya, jemaah perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan seperti kerap
membasuh tangan menggunakan sabun dan juga sanitizer.


“Saya ingin menasihati orang ramai supaya elakkan berkongsi peralatan solat dan elak daripada
bersentuhan dan bersalaman dengan jemaah lain bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.
“Bawalah sanitizer bersama bagi memastikan penjagaan kebersihan terjaga,” katanya. -



SUMBER: PAHANGMEDIA

0 comments:

share2