KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar
Abdullah menggesa agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Mujahid Yusof Rawa memberikan kenyataan berkaitan golongan transgender
mengerjakan umrah dengan cara wanita.
“Semalam, kecoh di media sosial apabila ada golongan
transgender memuat naik videonya yang kini berada di tanah suci. Dan kita juga dapat lihat golongan
transgender tanpa segan silu memakai telekung wanita untuk mengerjakan ibadah.
“Persoalannya, agensi umrah mana yang membawa mereka ke sana
dan bagaimana boleh terlepas. Adakah sudah pastikan jantina mereka untuk
mengerjakan ibadah umrah dengan cara wanita (pada mata kasar boleh ada keraguan
mengenai jantina mereka).
“Tidak adakah SOP untuk agensi yang menguruskan umrah
terhadap perkara ini. Apa tindakan pihak berkuasa agama terhadap mereka selepas
mereka pulang ke tanah air,” katanya menerusi catatan di facebook.
Beliau seterusnya melahirkan kebimbangan perkara
tersebut akan menjadi ikutan golongan
berkenaan untuk meraih populariti dan menggunakan agama untuk meraih perhatian
orang ramai.
Malah tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO,
perkara tersebut jelas bertentangan
dengan status Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama
rasmi.
“Bayangkan apalah agaknya tindakan yang akan dikenakan
sekiranya pihak Arab Saudi ambil maklum kita membenarkan golongan transgender
untuk mengerjakan umrah dengan cara wanita. Ia boleh mencemarkan aurat dan
maruah Jemaah umrah dari negara lain!
“Saya menggesa Datuk Seri
Dr. Mujahid selaku Menteri yang bertanggungjawab soal agama dapat
memberi kenyataan berkenaan terhadap perkara ini segera. Kedaulatan agama Islam
di Malaysia mesti dipelihara,” tegasnya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment