Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 29, 2020

TIADA MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT PADA 2 MAC





PETALING JAYA: Speaker dewan Rakyat mengumumkan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.


Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan hari ini mengesahkan ada menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad, namun surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3).


“Oleh kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap,” katanya.


Ariff juga berpandangan keperluan untuk mengadakan mesyuarat khas Dewan Rakyat akan dibuat “selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Agong” berhubung proses pemilihan perdana menteri.


“Oleh yang demikian, saya memutuskan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Isnin,” katanya.


Semalam, Perdana Menteri Sementara, Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri seterusnya mungkin perlu ditentukan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kerana selepas para ahli Parlimen ditemubual, Agong mendapati tiada siapa mempunyai majoriti ketara untuk menubuhkan kerajaan baru.


Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini.


SUMBER : FMT


0 comments:

share2