Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 18, 2020

RAKYAT BERHAK MENGETAHUI KEDUDUKAN SEBENAR TABUNG HAJI – DR ASYRAF




KUALA LUMPUR, 18 Feb – “Wahai Kekandaku YB (Yang Berhormat) Dr Mujahid Yusof Rawa, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji (TH) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995, tampillah secara bermaruah untuk memperjelaskan isu yang menyentuh Tabung Haji.”


Demikian penegasan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada Mujahid selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kini bergantung pula kepada blogger mahupun tentera cyber upahan untuk menjawab bagi pihak TH mahupun dirinya sendiri dalam hal berkaitan TH.


“Rakyat terutamanya 9.4 juta pendeposit TH berhak mengetahui kedudukan sebenar TH dan isu-isu berkaitan dengan pemberhentian operasi hotel-hotel TH dan banyak lagi isu termasuk jualan lambak aset-aset dan hartanah TH.


“Jika benar sekalipun alasan blogger upahan bahawa penjualan aset-aset dan hartanah TH secara lambak berpunca daripada ‘skandal dan penyelewengan’, maka janganlah takut untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sebagaimana janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan (PH).


“Lagipun sehingga hari ini selepas hampir dua tahun pemerintahan PH, tiada satupun individu yang didakwa berkaitan TH,” tegas Dr Asyraf dalam satu lontaran di Facebook.


Berhubung dengan penutupan empat hotel TH bermula 1 April nanti, Mujahid mengemukakan jawapan di Facebooknya dengan memaut pautan dari sebuah blog, ironinya tanpa dinamakan penulis dan di media sosialnya itu pula di bahagian komen dinyahaktif kepada umum.


Untuk rekod-rekod, hotel-hotel TH tersebut adalah seperti di Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu.


Justeru Dr Asyraf sekali lagi mempelawa Mujahid untuk kita berdialog secara ilmiah berkaitan isu-isu skandal TH sebagaimana yang didakwa.


“Janganlah pula hantar Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mencabar saya berdebat.



“Ini perkara serius melibatkan hal ehwal TH bukannya berkaitan hal ehwal pengurusan ikan,” bidasnya lagi. 


SUMBER – UMNO ONLINE

0 comments:

share2