Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 1, 2020

200 ORANG CETUS KEKECOHAN KETIKA SYED SADDIQ DI RESTORAN




PETALING JAYA: Kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan ketika Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram semalam.


Kumpulan itu mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan ketika mengelilingi restoran itu yang turut mempunyai pelanggan wanita serta kanak-kanak.


Mereka turut mendesak ahli Parlimen Muar itu keluar dari Johor.


Kejadian itu berlaku ketika Syed Saddiq makan malam bersama ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Adun Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang dan ahli Pemuda PPBM.


“Ini tidak wajar dan menyedikan, khasnya apabila ada wanita dan kanak-kanak di sana.


“Saya mahu mengingatkan mereka di sebalik ancaman ini yang tiada orang terkecuali daripada undang-undang atau Perlembagaan, termasuk saya,” kata Syed Saddiq yang juga ketua PPBM.


Selepas seketika, Syed Saddiq bersama Rafiq dan Mazlan keluar dari premis itu melalui jalan belakang.



Pollis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini.


Sumber 

0 comments:

share2