Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 26, 2020

UCAPAN TAHUN BARU CINA DARI MB PAHANG



Salam Sejahtera buat semua.

Tahun Baharu Cina merupakan antara perayaan terbesar di negara kita.

Ia adalah masa untuk keluarga dan rakan-rakan datang bersama-sama berkumpul, merayakannya.

Perayaan ini juga mengingatkan kita tentang kepelbagaian kaum yang menjadikan Malaysia sebuah negara luar biasa di mata dunia.

Kepelbagaian apatah lagi perpaduan kaum, telah lama kita jalin yang menambahkan lagi kemakmuran negara.

Saya berharap agar rakyat Malaysia khususnya Pahang, akan meneruskan tradisi mengunjungi rumah terbuka rakan-rakan mereka daripada kaum Cina sempena hari perayaan ini.

Semoga tahun yang baharu ini dapat menyemarakkan lagi rasa cinta kepada kepada perpaduan kita.

Selamat Tahun Baharu Cina 2020. 'Gong Xi Fa Cai, Xinnian Kuaile 恭喜发财.🧧

Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar Pahang

0 comments:

share2