YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang/ ADUN Kerdau.
Kita Bersyukur Kehadrat Ilahi Salah satu warisan yang mampu
memperkasakan Rakyat Malaysia bahkan Ummah apabila mereka memiliki nilai bahasa
serta kepelbagaian dalam penulisan. Ini bukti tamadun ilmu telah menyelinap
positif didalam sesebuah masyarakat.
Hal ini nampak lebih terselah dibumi Malaysia apabila satu
bahasa iaitu Bahasa Melayu mampu ditulis dalam dua tulisan Jawi dan Rumi. Ia
sebuah keunikan yang jarang dimiliki olah yang lain. Makanya dari Keistimewaan
inilah menyebabkan terkadang ada sedikit kecemburuan oleh orang lain yang
merasakan tulisan dan bahasa mereka serta penguasaanya mula terhakis.
Namun kita bersyukur apabila usaha memperkasa tulisan jawi
ini telah disokong oleh dasar-dasar serta perlembagaan negara seperti yang
ditegaskan oleh Mufti Perak. Dan ia lebih menjadi realiti apabila Dewan Bahasa
dan Pustaka telah mengambil inisiatif memperkasakanya. Bahkan ia lebih bermakna
kepada rakyat Malaysia apabila usaha pihak Kementerian dan berwajib untuk
memastikanya menjadi bahagian dari pendidikan Sekolah secara konsisten.
Pekara ini menjadi lebih bermakna apabila pihak istana
sendiri KDYMM Permaisuri Agong menyokong usaha mengunakan tulisan jawi didalam
penulisan harian. Bahkan semenjak awal lagi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong as Sultan Abdullah Riayatuddin al Mustafa Billah Shah bertitah
melalui beberapa seminar lebih 5 tahun lepas di Kolej Universiti Islam Pahang
agar Tulisan Jawi bukan sahaja dipelajari bahkan dikuatkuasakan pengunaanya
dipermis-permis serta papan tanda-papan tanda awam.
Berdasar kepada langkah-langkah positif inilah Kerajaan
Negeri Pahang bukan sahaja melalui pendidikan Agama di Sekolah-Sekolah, serta
intusi agama mengunakan tulisan jawi sebagai asas dan pengunaan harian. Bahkan
dipanjangkan kepada pihak Kerajaan Tempatan agar dikuatkuasakan.
Usaha murni ini bukan sahaja terhenti diseminar atau
perbincangan bahkan telah sampai ke tahap perlaksanaan .
Kerajaan Negeri juga membantah jika ada sebarang usaha
mengagalkan pemerkasaan tulisan jawi ini. Kerana ia bukanlah hantu perlu
ditakuti. Ia juga bukan makhluk perosak mana-mana bangsa atau bahasa. Bahkan ia
salah satu percambahan ilmu serta nilai pengetahuan sesuatu negara. Mereka yang
membantah sebenarnya mereka yang melawan arus natural pendidikan semasa dan
cuba untuk mundur kebelakang. Usaha ini sepatutnya mendapat sokongan semua
pihak tanpa bantahan.
Tambahan pula tiada satu bantahan pun atau halangan
mana-mana bahasa dipelajari dengan tulisan huruf mereka di Malaysia yang
bertuah ini. Tak kiralah ia bahasa Cina ke Prancis Ke Jepun ke India ke dan lain-lain
lagi.
Jadi tak perlulah tuah kepelbagaian yang sudah ada kita
paksa untuk sempitkan ia bukan sahaja merugikan semangat perpaduan bahkan
memundurkan nilai ilmu itu sendiri.
YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,
0 comments:
Post a Comment