Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 10, 2020

TINDAKAN LEBIH SERIUS DAN TEGAS HARUS DIKENAKAN TERHADAP PENGHINA INSTITUSI RAJA-RAJA





KUANTAN - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang serius dan tegas terhadap pengguna media sosial yang sewenang-wenangnya menghina institusi Raja - Raja Melayu secara terbuka.
.

Demikian luahan Ahli Parlimen Paya Besar, YB Shahar Abdullah terhadap tindakan biadap Netizen yang menghina Raja Permaisuri Agong dilaman media sosial.
.
Tambah beliau, sekiranya mereka ini duduk di Negara Thailand atau Brunei, sudah pasti mereka akan kena hukuman paling berat sekali.
.

"Hanya kerana Tunku Azizah, Raja Permaisuri kita mahu menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi di Twitter, mereka ini sehingga menggelarkan baginda ‘nenek sihir rasis’. .


"Saya berharap pihak PDRM janganlah berdiam diri apabila institusi diraja, terutamanya YDPA dan Raja Permaisuri dihina begini. Tegas dan kawal perkara yang melibatkan Perlembagaan ini sebelum jadi lagi teruk," jelas beliau dalam status yang dikongsikan ke laman Facebook hari ini.

.
Dalam pada itu, Majlis Belia Negeri Pahang serta NGO Bukan Kerajaan turut membuat laporan Polis di IPD Kuantan berhubung isu yang sama.

.
Presiden Majlis Belia Negeri Pahanh, Wan Emril Nizam bin Wan Embong berkata, laporan Polis itu dibuat agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemegang akaun FB bernama Nengtung Ting serta beberapa pemilik akaun yang lain.

.
"Sudah sampai masa untuk undang-undang yang lebih tegas digubal," tegas beliau.

.
Antara NGO yang terlibat ialah Majlis Belia Negeri Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pahang dan Ahli Parlimen Belia Pahang.


SUMBER: UMNOPAHANG


0 comments:

share2