KUANTAN - Agensi pelancongan di negeri ini disaran membawa
pelancong berkunjung di Kompleks Serambi Teruntum bagi membantu usaha kerajaan
negeri mempromosikan produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang dijual di
situ.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan
Hussin berkata, produk di Serambi Teruntum mempunyai identiti tersendiri dan
selain menampilkan makanan tradisi negara.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui kerjasama MPK dan dan
Pejabat Pelancongan Pahang menyambut baik idea mempromosikan Serambi Teruntum
dengan meletakkan makanan popular di negeri ini termasuk lemang To'ki yang
terkenal di Bentong.
"Kita berharap produk makanan tempatan menjadi tarikan
pelanggan khususnya pelancong. Kalau boleh masukkan ke dalam pakej mereka bagi
membantu usahawan dan peniaga kecil ini," katanya ketika ditemui selepas
merasmikan cawangan ketiga Lemang To'ki di Serambi Teruntum di sini semalam.
Hadir sama bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja
Adnan Yaakob dan Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.
Sementara itu, Ishak berkata, Lemang To'ki adalah ikon
makanan tradisional yang terkenal di negeri ini serta mampu menjadi daya
tarikan kepada pelancongan yang berkunjung ke daerah Kuantan.
"Saya percaya Lemang To'ki ini akan menambah nilai
tarikan Serambi Teruntum," katanya. Pengusaha Lemang To'ki, Mazlan Ramli berkata, pihaknya
sangat berbesar hati kerana mendapat keyakinan banyak pihak termasuk MPK dan
Pelancongan Pahang terhadap produk lemang itu.
"Kami sangat gembira untuk meluaskan cawangan Lemang
To'ki di Serambi Teruntum ini dan berharap mendapat sokongan daripada penduduk
Kuantan," katanya.
Sumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment