Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 7, 2020

APAKAH SPR AKAN DIAMKAN DIRI TERHADAP RASUAH POLITIK DI PRK KIMANIS?






Sebagaimana di PRK Tanjung Piai, Rantau, Semenyih dan Cameron Highlands, kesalahan pilihan raya yang kalau dahulu diistilahkan PH sebagai rasuah politik, masih terus dilakukan oleh pihak Warisan-PH di PRK Kimanis.

Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu kempen terbaru di Kimanis melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


“Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengisytiharkan peruntukan RM300 juta baik pulih kemudahan sukan bersama calon Warisan-PH Datuk Karim Bujang.

“Selain itu program cabutan bertuah yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan oleh pihak Warisan-PH juga jelas bercanggah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, semalam.

Terangnya, menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak berjanji memberikan balasan wang atau sesuatu bernilai kepada pengundi bagi mendorong mereka memilih mana-mana calon.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda antara RM1,000 hingga RM5,000. Harap pihak SPR ambil perhatian!” tegasnya lagi.


0 comments:

share2