KUANTAN - Seramai 63 pelajar dan dua guru dari 42 sekolah di
seluruh Pahang disahkan dijangkiti influenza setakat hari ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus
berkata, daripada jumlah berkenaan, hanya seorang dijangkiti influenza B
manakala selebihnya disahkan menghidap influenza A.
Menurutnya, Kuantan merupakan daerah paling ramai pelajar
dijangkiti influenza iaitu 28 orang diikuti Cameron Highlands (8), Maran (8),
Pekan (7), Temerloh (6), Bentong (4), Bera (2), Rompin dan Jerantut masing-
masing seorang pelajar.
"Dua guru yang dijangkiti influenza adalah dari Pekan
dan Cameron Highlands.
"Lapan pelajar dan seorang guru kini masih menerima
rawatan di hospital manakala selebihnya dikuarantin di rumah masing-
masing," katanya.
Beliau berkata, peringatan mengenai wabak itu sentiasa
diberikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sebagai langkah waspada dan
berjaga-jaga.
Beliau turut menasihatkan guru-guru dan pelajar yang tidak
sihat agar mendapat rawatan sewajarnya sebelum meneruskan sesi persekolahan.
"Ibu bapa juga diingatkan supaya kuarantin anak mereka
yang tidak sihat di rumah bagi mencegah dan mengelakkan penyakit berkenaan
merebak lebih meluas," katanya.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment