Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berpandangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai memperlihatkan tindak tanduk pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang kini berubah.
Menurut beliau apa yang dahulunya ‘diharamkan’ kini seolah-olah ‘dihalalkan’ dan perkara berkenaan dapat dilihat apabila bantuan diberikan kepada nelayan pada waktu berkempen.
“Saya terkilan apabila Menteri Pertanian, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjawab di Parlimen yang mengatakan bantuan kepada nelayan RM1,000… beliau sebagai menteri berkuasa untuk memberikan nelayan pada bila-bila masa.
“Tetapi saya nak ingatkan kepada PH apakah ini dianggap satu PRK yang bersih, adil dan saksama. Kalau itu adalah perkara yang dia restui kenapa dulu melaung-melaungkan satu PRK, PRU mesti adil dan saksama dan kenapa sekarag baru beri RM1,000. Kenapa sebelum ini tidak diberikan… sekian lama dan bukan berlaku hari ini,” katanya di parlimen, Khamis.
Beliau seterusnya mempersoalkan kenapa bantuan kepada nelayan diberikan pada waktu ini iaitu ketika sedang berkempen untuk PRK.
“Saya rasa ini satu pertanyaan yang patut dijawab oleh PH. Dahulunya beria-ia sangat kata ini tidak boleh namun sekarang apa yang ‘diharamkan’ telah ‘dihalalkan’ kononnya.
‘Jadi saya rasa ini tidak adil kepada BN dan saya rasa terpulang kepada rakyat untuk menilai. Bagi saya pilihan atau masa yang dipilih ini kebetulan tetapi adalah kebetulan terancang… kenapa sekarang,” katanya.
0 comments:
Post a Comment