KUANTAN – Menteri Besar Pahang mahu Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kematian
pelajar tahfiz Muhammad Aimin Nurul
Amin, 7, yang dilaporkan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh badannya.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,
pesalah yang memperlakukan perbuatan itu perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Sungguh pun sekolah tahfiz tersebut ada 14 pelajar dan
seorang sahaja guru dan tidak berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat
Resam Negeri Pahang (Muip) serta beroperasi secara tidak sah sejak Januari lalu
tetapi kematian melibatkan seorang muridnya telah berlaku.
"Sudah tentu kerajaan negeri memandang serius
mengenainya maka meminta pihak-pihak berwajib melakukan apa juga usaha agar
kebenaran dapat diperolehi dan pesalah dibawa ke muka pengadilan,
in sya Allah," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook milik
beliau.
Muhammad Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan
Kesihatan Lanchang kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas ditemui dalam
keadaan lemah oleh warden asrama.
Terdapat beberapa kesan lebam di bahagian badan mangsa
dipercayai dipukul.
Akibat kejadian itu, tiga pelajar berusia 13 tahun di pusat
tahfiz terbabit termasuk abang tiri mangsa ditahan reman sehingga Khamis ini
bagi membantu siasatan.
Beliau merakamkan ucapan takziah takziah
kepada keluarga Muhammad Aimin.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment