Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 6, 2019

RAJA PERMAISURI AGONG TERUS MENGANGKAT MARTABAT TEKSTIL NEGARA, MENDAPAT PUJIAN PESERTA DARI SELURUH DUNIA





JOGJAKARTA, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menghadiri Majlis perasmian Simposium Tekstil Tradisional Asean 2019 di Hotel Royal Ambarrukmo, Jogjakarta

.
Baginda mengikuti simposium berkenaan dari mula hingga tamat. Simposium itu dihadiri wakil Istana, kerajaan, pengusaha dan peminat tekstil tradisional seluruh dunia termasuk dari Amerika Serikat, Australia, Korea, Jepun, China, Indonesia, Philipina, Kamboja, Brunei Darussalam, Laos, serta Vietnam.


Ketika seisi soal jawab pada simposium itu, KDYMM Raja Permaisuri Agong terus mempromosi tekstil Malaysia seperti kain tenun, songket, batik dan sebagainya.
Baginda berkata, Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi sangat mengambil berat menjaga warisan negara itu dengan menubuhkan pelbagai pusat tekstil bagi tujuan pendidikan, pekerjaan mahupun perniagaan.


Sebagai contoh, Pusat Tenun Diraja Pekan dibina bagi menjaga kesinambungan warisan kain tenun agar ia tidak dilupai, disamping ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat.


Sikap Baginda yang sering memuji Kerajaan Malaysia dan mempromosi hasil kraf dari negara sendiri sejak dahulu lagi mendapat pelbagai reaksi positif dari peserta simposium.


Rata-rata mereka memuji Baginda diatas keprihatinan Baginda menjaga warisan negaranya dan tidak kurang juga ada diantara mereka yang membandingkan apa yang telah dibuat kerajaan mereka jika hendak dibandingkan dengan jasa Baginda yang amat menyayangi seni tekstil negaranya.


Sungguh beruntung kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai Raja Permaisuri Agong yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam mengangkat martabat warisan negara dimana jua Baginda berada.



Disediakan oleh
Unit Komunikasi dan Media Pahang.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

#PahangGo

0 comments:

share2