Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 3, 2019

PAHANG YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA ADAKAN KURSUS PENGAJIAN JARAK JAUH BERSAMA JABATAN MUFTI MESIR.



MESIR, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad bersama delegasi dari Pahang hari ini mengadakan kunjungan hormat bertemu Samahah Mufti Besar Mesir, Prof Dr Sheikh Sauqi Allam.


Kunjungan itu bagi membincangkan amanah dari YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bagi mendapatkan persetujuan mengadakan kerjasama pengajian jarak jauh bagi kursus Pengajian Fatwa dibawah panduan Jabatan Mufti Besar Mesir dan Universiti Al-Azhar untuk pelajar-pelajar bidang Agama dari Pahang.


Kursus selama 3 Tahun ini dilaksanakan Jabatan Mufti Mesir dibawah Pusat Latihan Pengurusan Ifta' sejak 2012 dan telah melibatkan pelajar Islam dari serata dunia.


Perjanjian kerjasama ini merupakan yang pertama bagi Negara Malaysia dan merupakan sejarah buat Pahang dimana Pahang merupakan kawasan pertama dari Asia Tenggara yang melaksanakan kursus ini bersama Kerajaan Mesir, Jabatan Mufti Besar Mesir.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyatnya dan meningkatkan bidang pendidikan serta menjaga kesucian Agama Islam.


Delegasi Kerajaan Negeri Pahang ke Mesir ini juga disertai YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan, YH Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim.

SUMBER:

Unit Komunikasi Dan Media Pahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangMartabatIslam

#Ukomp

0 comments:

share2