KUANTAN – Tindakan
kompaun dikenakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terhadap premis yang gagal
mempamerkan tulisan jawi mendapat sokongan NGO dan disifatkan langkah tepat
bagi memartabatkan tulisan khat itu.
Pemilik premis perniagaan yang gagal melaksanakan tulisan
jawi pada papan tanda premis dan papan iklan di daerah ini boleh dikompaun
sehingga RM250 bagi satu kesalahan bermula tahun depan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Abd
Rahim Muda berkata, kompaun itu akan berkuatkuasa selepas proses pendidikan
yang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilaksanakan sejak tahun lalu
hingga Disember ini berakhir.
"Pelaksanaan tulisan jawi bermula Pekan sejak tahun
2005 dan dilakukan secara berperingkat di daerah lain. Kerajaan memperluaskan
pelaksanaannya selepas kejayaan di Kuantan.
Pengerusi Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat), Anaz Ab
Moris berkata, langkah tersebut sekali gus membuktikan ketegasan MPK dalam isu
itu.
"Sebagai pertubuhan anak muda, kami menyokong penuh
penggunaan tulisan jawi ini buat generasi baharu yang dilihat semakin hari
semakin luntur pemahaman dan erti tulisan ini dalam kalangan mereka,"
katanya.
Penguatkuasaan tulisan jawi dilakukan susulan titah Yang
Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan
Ahmad Shah pada 13 November tahun lepas bagi memartabatkan semula tulisan itu
yang semakin terpinggir.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment