Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 31, 2019

SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG PENGERUSI MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN BANCI NEGERI PAHANG





KUANTAN: 31.10.2019: Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Dr. Salehuddin Ishak mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Negeri Pahang bilangan 1 Tahun 2019 di Pejabat SUK Pahang.


Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memastikan perancangan pelaksanaan Projek Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di peringkat negeri ini dapat dilaksanakan secara berkesan.


YB. Dato' Sri Dr. Salehuddin ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat itu berkata, Jabatan Perangkaan telah menerima mandat untuk melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020).


"Banci ini dilaksanakan setiap 10 tahun dan sebanyak lima banci telah dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia iaitu pada tahun 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010.


"Objektif pelaksanaan Banci 2020 adalah untuk mendapatkan stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi serta sosio-ekonomi penduduk," katanya.


Yang turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, YH. Dato' Sri Mohd. Uzir Mahidin.


Beliau berkata, data banci terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.


"Justeru kerjasama antara agensi amat penting dalam memastikan pelaksanaan Banci 2020 dapat mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.


SUMBER: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)


#kerajaannegeripahang
#ukomp
#MajuTerusPahang

#Pahang1st

0 comments:

share2