Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 29, 2019

19.36 TAN MAKANAN KERING BAGI PERSIAPAN MUSIM TENGKUJUH TAHUN INI




ROMPIN, 29.10.2019 :  Sebanyak 19.36 tan barang makanan kering dihantar ke Pulau Tioman di sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini.


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata penghantaran barangan inisiatif Kerajaan Negeri ini merangkumi lapan jenis barang dan sudah dihantar sejak Ahad lalu.


“Kesemua barangan berkenaan dihantar ke lima buah pangkalan hadapan di Pulau Tioman iaitu Kompleks Niaga Kampung Salang, Balai Polis Tekek, Balai Raya Kampung Juara, Kampung Genting dan Balai Raya Kampung Mukut,"


“Antara 19.36 tan barangan makanan kering ini adalah beras, minyak masak, biskut, teh uncang, gula pasir, kopi, garam halus dan sardin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang,  Dato' Mohd Zakaria Ibrahim sempena Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana ke Pulau Tiomani.
Hadir sama, Pemangku Pegawai Daerah Rompin,  Dato' Zaliza Bin Zulkipli.


Beliau berkata, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan setiap tahun yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,500 penduduk di Pulau Tioman terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut.


"Selain itu, JKM juga menambah beberapa barangan lain antaranya seperti selimut, toto, tuala dan kit bencana. Stok bekalan makanan dihantar untuk kegunaan selama tujuh hari ketika terjadinya Monsun Timur Laut." katanya.


Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta untuk barangan keperluan asas dan RM2 juta bagi barangan makanan kering untuk keperluan  mangsa banjir ketika musim Monsun Timur Laut di Pahang.


Misi penghantaran ini mendapat kerjasama erat dari Pejabat Daerah Rompin, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Penghulu Tioman dan pihak media.


Sumber:
# Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#kerajaannegeripahang

#MajuTerusPahang

0 comments:

share2