KUALA LUMPUR, 21.6.2019 – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa
dengan tegas menyatakan sebarang kenyataan yang merujuk kepada sebarang
pandangan yang spesifik adalah bersifat spekulatif dan pra-matang (premature)
serta tidak menggambarkan perkara sebenar.
Menurutnya, berhubung dengan pindaan perlembagaan UMNO,
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan mencadangkan satu usul melalui satu
Perhimpunan Agung Khas November ini bagi meminda beberapa fasal tertentu di
perlembagaan parti.
“Ini bertujuan memperkemaskan lagi UMNO sesuai dengan
tuntutan semasa.
“Bagaimanapun proses ini masih di peringkat awal, iaitu
mengutip pandangan dan syor akar umbi dan sayap-sayap parti oleh satu
jawatankuasa yang dipengerusikan oleh salah seorang Naib Presiden UMNO,”
ujarnya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, syor-syor
tersebut terlebih dahulu akan dibincang dan diteliti oleh MKT, dijangka
penghujung bulan ini.
“Ketika ini, MKT belum memutuskan sebarang perkara spesifik
berhubung pindaan ini.
“Sebarang cadangan MKT akan dibawa untuk ditaklimatkan
kepada akar umbi sebelum ia dibentangkan di Perhimpunan Agung Khas nanti,”
katanya.
Sumber – Media UMNO
0 comments:
Post a Comment