BENTONG, 19.6.2019 : Mazlan Ramli Mazlan Bin Ramli atau lebih di
kenali dengan nama terkenalnya Tokki telah menerima Anugerah Usahawan cemerlang
atas pencapaian perniagaan lemangnya dalam program Program Seminar Halal dan
Jamuan Aidilfitri di Pejabat Pertanian Bentong.
Penyampaian Sijil
dilakukan oleh YB Dato Sri Ir Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak Exco
Pertanian Negeri Pahang dan turut hadir YB Adun Ketari Young Syefura binti
Othman.
60 Orang peserta menyertai program ini dan ramai
berpendapat program seperti ini
hendaknya sentiasa di jayakan dan diutamakan lebih-lebih lagi berkaitan dengan
penghasilan barangan atau produk HALAL.
Program ini bukan sahaja di sertai oleh penganut Agama Islam
malah turut serta beberapa orang bukan Islam. Ini sedikit sebanyak dapat menerangkan kepada
bukan Islam bertapa pentingnya penghasilan makanan daripada sumber yang bersih, suci dan terjaga. Bukan itu sahaja malah mereka juga dapat mengetahui bahawa
produk Islam ini dijaga kebersihannya dan di perhalusi bukan sahaja dari segi barangan atau produk
tetapi dari semua aspek.
SUMBER:
Pelapor dan gambar oleh :
Muhammad Zulfiqar Bin Ali Sabri
(PRO DUN KETARI)
0 comments:
Post a Comment