PETALING JAYA: PAS hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat
dan mengheret individu yang mengaku terbabit dalam klip video seks sejenis
didakwa membabitkan lelaki mirip seorang menteri kanan ke Mahkamah Syariah.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man merujuk
pengakuan Muhammad Haziq Aziz yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan
Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin, terbabit dalam beberapa klip
video seks yang tersebar luas sejak semalam.
Beliau turut menggesa ahli dan pemimpin parti Islam itu
tidak menyebarkan rakaman video berkenaan.
“Sebagai seorang Muslim, sikap kita tetap konsisten dengan
apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita
melihatnya.
“PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan
kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Haziq dalam video selama 30 saat yang dimuat naik 3 pagi
tadi menamakan menteri itu ialah pemimpin kanan PKR dan meminta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat lelaki terbabit.
Katanya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada
11 Mei lalu di Hotel Four Points, Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerusi
Parlimen itu baru-baru ini.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment