Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 20, 2019

22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS



DUN Pahang | 22 Menara Telekomunikasi Baharu  Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands



Sehingga kini terdapat 22 menara baharu di beberapa perkampungan Orang Asli Cameron Highlands termasuklah Pos Mensun, Telanuk, dan Terisu telah siap beroperasi di Cameron Highlands

Tambahan pula 18 menara sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G/4G di daerah ini manakala 24 menara lagi dalam peringkat penaiktarafan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2019.

Demikian seperti yang telah diperkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Mohammad Fakhruddin Bin Mohd. Ariff.

Bagi menjawab soalan daripada Encik Chiong Yoke Kong -Tanah rata, beliau menjelaskan pihak Telekom Malaysia (TM) sebagai pemberi perkhidmatan telah mendapat makluman berkenaan jaringan internet di Cameron Highlands dan usaha melebarkan sedang giat dijalankan.

Dato’ Fakhruddin turut menjelaskan, MCMC dan pihak pemberi perkhidmatan akan membina dan menaik taraf sebanyak 11 menara komunikasi di sepanjang laluan dari Felda Sg. Koyan, Lipis hingga ke Lembah Berta,Cameron Highlands bagi kemudahan Orang Asli dan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

”Ini merupakan tambahan kepada 34 menara komunikasi yang telah dibina secara komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan di Cameron Highlands,” katanya lagi.


0 comments:

share2