Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 12, 2019

BN LULUSKAN BAJET, MASZLEE TAK MALU AMBIL KREDIT KONON USAHA PH





Penganalisa Politik, Ab Jalil Backer menempelak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berterusan membuat pembohongan demi pembohongan.

Ab Jalil merujuk kepada tindakan Pejabat Menteri Pendidikan membuat kejutan dan lawak apabila mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan pembinaan sekolah baharu, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi di Semenyih adalah hasil keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap rayuan penduduk di sana.

“Untuk pengetahuan Maszlee tender projek ini telah dibuka pada April 2018 dan ditutup pada Mei 2018.

“Kontraktor dipilih pada Oktober 2018. Ini bermakna projek ini telah diluluskan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan oleh kerajaan BN.

“Hari ini siaran akhbar ‘tertunda’ mendakwa perjuangan PH. Apakah tidak ada perasaan malu dalam hati dan akal YB Menteri yang meneruskan tradisi kebodohan kerajaan hari ini?,” dedahnya dalam entri di Facebooknya.

Tegas Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) itu lagi surat tersebut bukan sahaja bercorak politik keterlaluan dan menyalahguna jentera kerajaan untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, malah ia memberi maklumat palsu dan tidak benar.

Justeru ujarnya, rakyat sebenarnya telah jemu dengan pembohongan yang sering diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin PH.

“Rakyat sudah letih dengan pembohongan demi pembohongan.

“Bak kata orang tua-tua, biar kita pendek fizikal jangan pendek akal,” sinisnya lagi.


0 comments:

share2