Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 14, 2018

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TURUN


Jumlah mangsa banjir di Pahang turun



Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sehingga jam 12 tengahari menunjukkan penurunan kepada 421 mangsa berbanding 435 orang pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, sehingga jam 12 tengahari 122 mangsa dari 33 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating.

"SK Sungai Ular menempatkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga, SK Kempadang, 77 mangsa daripada 18 keluarga, dewan orang ramai Balok, 31 mangsa daripada 5 keluarga dan di SK Sungai Isap Murni, 41 mangsa daripada sembilan keluarga.

" Di SK Sungai Karang, menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga dan di SK Beserah, 56 mangsa daripada 17 keluarga," katanya.

Banjir dijangka pulih ekoran keadaan cuaca semakin baik.


0 comments:

share2