Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 8, 2018

PEMUDA UMNO GERAK MISI BANTUAN PERUBATAN KE KOTA PALU, SUMBANGAN DIALU-ALUKAN





Pemuda UMNO Malaysia menerusi Sekretariat Profesional Muda akan menggerakkan Misi Bantuan Perubatan Dan Kemanusiaan ke Kota Palu Sulawesi pada 10 hingga 16 Oktober depan.

Pengerusi Sekretariat Profesional Mudanya, Datuk Dr Najmil Faiz berkata untuk itu sumbangan daripada mana-mana pihak termasuklah kalangan ahli parti amatlah dialu-alukan dalam usaha menjayakan misi kemanusiaan tersebut.




“Misi ini yang akan mengambil masa beberapa hari akan diketuai oleh Dr Akmal Saleh bersama rakan-rakan perubatannya yang lain dalam usaha membantu masyakat di sana yang tentunya memerlukan bantuan sewajarnya.

“Biarpun jumlah sumbangan yang kita hulurkan dalam bentuk skala kecil, namun sekurang-kurangnya misi ini memperlihatkan kita sedia membantu di saat masyarakat di sana yang memerlukan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini

Katanya atas dasar itulah pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak agar misi tersebut berjaya dilaksanakan.

“Satu sidang media akan diadakan pada Selasa ini bagi mewar-warkan lagi usaha ini dan insya Allah mereka yang akan ke sana akan turut serta pada sidang media tersebut,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun CIMB 8000632311 CIMB atas nama Pemuda UMNO Malaysia.


0 comments:

share2