Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan populis dengan meminta derma kepada rakyat atas alatan untuk membayar hutang.
Katanya, pada tahun 1986, hutang Kerajaan Malaysia adalah pada kadar 103 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi tidak menjerumus negara ke arah muflis.
“Sebanyak 97 peratus hutang kerajaan adalah dalam bentuk matawang Ringgit. Perbendaharaan dan Bank Negara Malaysia adalah ‘monopoly issuer’ matawang ini. Jadi, dari segi teknikal, tidak kira berapa banyak pun hutang kerajaan, selagi mana hutang kerajaan itu adalah dalam matawang Ringgit, negara tiada risiko untuk muflis.
“Yang ada hanyalah risiko inflasi sahaja. Hutang Jepun berbanding KDNK pula adalah 250 peratus, dan tiada risiko bankrupsi pun kerana 100 peratus hutang itu adalah dalam matawang Yen.
“Di Jepun, sekiranya pasaran modal swasta tidak membeli bon kerajaan, Bank Pusat Jepun akan membeli bon kerajaan secara langsung,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Ujarnya, jika Kerajaan Malaysia mahu berhutang dalam matawang asing, dalam Yen misalnya, maka kerajaan bakal berdepan risiko tidak mampu membayarnya dalam matawang asing. Ini kerana matawang Yen diterbitkan oleh Kerajaan Jepun.
“Satu lagi risiko yang bakal dihadapi Kerajaan Malaysia adalah, risiko turun-naik kadar tukaran asing kerana Yen berbanding RM yang berubah-ubah.
“Tanggapan kononnya berhutang dalam Yen adalah menjimatkan dari segi kadar faedah yang rendah berbanding kadar Bon Sekuriti Malaysia (Malaysia Govt Securities). Perlu diingat bahawa kebanyakannya adalah institusi tempatan seperti KWSP, KWAP dan lain-lain.”
0 comments:
Post a Comment