Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 20, 2018

[ROMPIN] OPERASI BENTERAS PERLOMBONGAN HARAM BUKIT IBAM




Muadzam Shah, 18.7.2018 - Operasi Bersepadu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bersama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian ini bermula pada 17.7.2018 dan akan berakhir pada 19.7.2018 yang mensasarkan kepada perlombongan di sekitar kawasan Bukit Ibam.
Beberapa tangkapan telah dibuat termasuk menahan beberapa buah kenderaan. Antara kesalahan yang dilakukan adalah perlombongan tanpa lesen atau tamat tempoh, pekerja tanpa permit sah dan beberapa kesalahan lain.
Laporan penuh oleh PahangKu Media akan dibuat setelah segala hasil operasi dikumpulkan untuk satu pembentangan pada hari esok.
Seramai hampir 140 orang terlibat dalam operasi berkenaan dan dipecahkan kepada 4 kumpulan dengan memeriksa kawasan-kawasan tertentu yang telah ditetapkan.




0 comments:

share2