Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Bera, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon bagi merebut jawatan Naib Presiden parti itu pada 30 Jun nanti.
Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang berkata, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT), UMNO negeri itu mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang Dato' Sri Mohd. Sharkar Shamsuddin; Ahli Parlimen Kuala Krau Dato' Sri Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Lipis Dato' Abdul Rahman Mohamed.
Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan beliau sendiri tidak bertanding untuk apa-apa jawatan dalam pemilihan tersebut.
“Kita hanya nak bantu parti dalam keadaan sekarang ini itu yang lebih penting. Semua yang bertanding tahu jika mereka dapat jawatan pun mereka tidak akan jadi menteri,” katanya kepada pemberita dalam sidang satu akhbar khas, di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment