Belum habis satu perkara berpindah pula kepada perkara baru yang lain sengaja diada-adakan apabila baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mahu menjalankan projek kereta nasional.
Projek kereta nasional baru ‘Protun’ ini hanyalah cadangan nama dari kami untuk memudahkan pemahaman pembaca.
Jika difikirkan, mengapa agaknya Tun Mahathir mahu melancarkan Protun dan adakah mampu memberi pendapatan besar buat negara sedangkan rakyat Malaysia sendiri banyak menggunakan kereta dari luar negara?
Kalau kemunculan Protun semata-mata berasaskan dendam terhadap UMNO sebelum ini di bawah pemerintahan Datuk Sri Najib Tun Razak tidakkah akan memakan negara dan menyusahkan rakyat?
Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang merupakan salah satu pulangan pendapatan besar buat kerajaan kepada kosong peratus.
Walaupun sudah sifar GST namun masih terdapat harga barang tidak turun malah banyak yang meningkat harganya dan ini sangat merunsingkan rakyat.
Tambahan pula pendapatan negara telah hilang sebanyak RM21 bilion yang sepatutnya diperoleh dari GST.
Implikasi penurunan kosong peratus GST ini berterusan hingga Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M) hanya sedikit sahaja yang diperoleh.
Selain itu juga, seramai 17,000 penjawat awam menanggung keperitan apabila diberhentikan secara tiba-tiba tanpa memberi jaminan pekerjaan baru buat mereka.
Dalam maklumat lain, Najib telah menjanjikan sebanyak RM500 bonus raya untuk kakitangan awam menyambut Aidilfitri sedangkan yang diberi hanya RM400 oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Manakala bagi peneroka Felda dan Felcra hanya mendapat insentif raya tahun ini hanya RM450 tidak serupa dengan pemberian kerajaan UMNO terdahulu sebanyak RM500 setiap kali perayaan.
Lebih menyedihkan, apabila kerajaan mempertimbangkan tututan Hindraf supaya menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India sekali gus mengancam kedudukan peneroka Felda sedia ada.
Apa lagi yang Tun Mahathir dendamkan pada Najib sehinggakan akibatnya terpaksa ditanggung oleh rakyat?
Proton yang merupakan salah satu projek mega Tun Mahathir pernah mengalami kerugian berbilion ringgit apatah lagi Protun yang mahu dilaksanakannya dalam bentuk yang baru.
Tidakkah Protun akan menjadi biawak hidup yang akhirnya negara dan rakyat sendiri yang bakal tanggung akibatnya?
0 comments:
Post a Comment