Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 3, 2017

SPRM BERTINDAK PROFESIONAL


SPRM


Putrajaya - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tindakan yang diambil terhadap anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana terbabit dalam aktiviti lombong pasir haram bukan berniat jahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan bukan atas sentimen politik.

"Tindakan yang diambil oleh SPRM bersifat profesional dan tiada kaitan dengan pengiraan politik.

"Kita mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan apabila ada asas maka kita jalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pemimpin Persatuan Graduan Muda, di sini semalam.

Kelmarin, anak saudara kepada Mohamed Azmin bersama tiga individu lain telah ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan terdapat tangkapan baharu susulan kes tersebut, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


0 comments:

share2