Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 30, 2017

[TEMERLOH] PESERTA DIBERI MOTIVASI, PEROLEH ILMU MANFAAT


Peserta diberi motivasi, peroleh ilmu manfaat


Pendedahan dan perkongsian diberikan kepada 40 peserta remaja dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar Kuala Lumpur yang mengikuti program Secebis Prihatin Sejuta Impian di Gandah Forest Park di sini banyak memberikan motivasi serta ilmu bermanfaat kepada mereka.

Sesi latihan dan motivasi dijalankan oleh tiga individu berkelayakan iaitu Shukri Sidit, Fadzrul Radzi Shaharom, Muhammad Munir Abdullah berjaya menyentuh jiwa dan membangkitkan semua peserta pada hari pertama dan sesi pagi hari kedua, semalam.

Fadzrul Radzi berkata, setelah melalui beberapa aktiviti semalam dan malam tadi, majoriti peserta menunjukkan perkembangan positif serta memberikan respons baik mengenai diri mereka.

"Selepas sesi perkenalan petang semalam dan beberapa aktivti di sebelah malam, kami dapat menyelami sebahagian besar persoalan dan kelemahan kepada peserta.

"Insya-ALLAH kami akan cuba sebaik mungkin memberikan input-input bermanfaat kepada peserta sepanjang program tiga hari ini," katanya.


0 comments:

share2